Powered By Blogger

Sabtu, 10 September 2011

Sesi Membersihkan Peralatan Perkhemahan..

Selesai perkhemahan kita kena la bersihkan segala peralatan yang telah kita gunaka baik khemah itu sendiri ,tali dan sebagainya kerana penjagaan barangan amat dititikberatkan oleh fakulti bagi menjaga peralatan ini supaya ianya tahan lama dan boleh di gunakan berulang2 kali.

Kami mengambil cuti sehari untuk bersama2 membersihkan peralatan perkhemahan..masa main air weyyy.......walaupun penat camping tak hilang lagi, tapi kami puas segala berakhir dengan baik tanpa sebarang masalah.

Selesai sahaja membasuh semua peralatan itu dikeringkan di tempat yg terbuka, apabila kering peralatan tersebut kami pulang kepada pihak fakulti.

Tamatnya sebuah perkhemahan

Sesampai kami di camp site trus kami kemas barang kerana bas sudah menunggu kami untuk pulang ke pangkuan keluarga masing2. walaupun hanya 3 hari kami berkampung di Chenderoh ini , banyak pengalaman yang kami timba bagi memenuhi salah satu keperluan dalam course kami. Yang paling penting semangat kerjasama dan semangat berpasukan dapat dilihat bagi menjayakan semua aktiviti di sini.

Saya secara peribadi ingin merakam setinggi2 terima kasih kepada Pensyarah kami Sir Hisyam che Mat dan kumpulannya kerana dapat membimbing kami serta memberi tunjuk ajar bagi kami melengkapkan tugasan kami ini. semoga pengalaman indah sama ada di coret atau tidak di coret di dalam blog ini adalah suatu kenangan yang manis dan akan menjadi ingatan sepanjang masa.

Kepada rakan2 seperjuangan terima kasih juga saya ucapkan atas bantuan anda kita dapat melaksanakan tugsan kita walaupun menghadapi beberapa dugaan dan cabaran, dan semangat berpasukan yg kalian tunjukkan mampu mengatasi segala2nya. diharap kita dapat berjumpa lagi di dalam kelas seterusnya..SELAMAT BERJAYA

Ekspidisi menawan Puncak Limau Bali..

Hari ni hari terakhir kami disini dan aktiviti terakhir sebelum bertolak balik ialah Jungle Trecking, kami akan mendaki sebuah bukit untuk menawan puncak 'Limau Bali' segala persiapan sudah dibuat dan kami memulakan perjalanan lebih kurang pukul 10 pagi dan ianya mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit..




Kami berjalan secara berpasukan sambil diiringi oleh abg2 senior iaitu fasi kami jugak..sambil berjalan ,kami lihat dan merasai keindahan alam ciptaan Tuhan sambil mensyukuri segala nikmatNYA.. bila agak penat kami berhenti rehat sambil meneguk air yg kami bawa



Setelah hampir sejam lebih kami pun sampai tapi tidak dapat sampai ke puncak kerana atas sebab2 keselamatan kami tiba hanya dibawah puncak Limau Bali tu saja...kenapa dipanggil laimau bali sebab kawasan sekitar tempat kami sampai dipenuhi dgn tanaman limau bali..hahaha..

Kami berehat lebih kurang satu jam diatas sana sambil menikmati keindahan alam dan menjamah bekalan yang kami bawa serta mengambil gambar kenangan, sebelum kami bertolak semula ke kem site..

Aktiviti ini antara lain dapat meningkatkan daya tahan diri selain mensyukuri nikmat yang maha ESA serta semangat berpasukan kerana kita telah di bahagikan tugas semasa sesi berjalan ini supaya tidak ada sesiapa akan tertinggal dibelakang..alhamdulillah semu selamat tiada apa2 yang berlaku.





Aiyaa..dah le penat-penat trecking berjalan kaki..nak balik ke camp site sekali lagi kami diuji dengan berenang balik ke jeti camp site kami hahaha..sabar je la..tapi mmg letih beb...

'Faizal Tahir' in Action

Haa...pada post sblm ni saya ada katakan sesuatu telah berlaku ketika sedang kami berbual2 time survival aktiviti, ni tengah malam ni jam pun x bawak..agak2 dlm kul 1lbh..kami terdengar seperti bunyi tapak kaki..kami dah cuak dah..mizi dan siap dengan bara api die...siap la klu sape yg muncul tu....semakin hampir semakin kuat pulak bunyi die...seram gak ni,..panggil2 x menyaut..bagi password x jawab...dalam gelap malam tu..muncul sorang budak..dengan x berbaju ke khemah kami....hisss...budak ni..terkejut kitorang...rupa2nya student full time yg sama2 ber survival dgn kita nak mintak api..sbb dr petang td dorang xder api nk hidupkan unggun api...

selidik punya selidik group dorang ni sudah silap percaturan dalam pembelian barang2 keperluan pd petang tadi..mereka ni x beli mancis daaaaa......dia pujuk kami untuk memberikan sebatang mancis tp pd mulanya shida dgn mizi x nak la bagi...takut bila kami bagi ,kami pulak kene denda..tetapi setelah ajk aktiviti ini yg menyorok balik pokok keluar dan menyatakan budak ni perlu api..kami pun membuat keputusan utk bagi dia sebatang mancis dan sebatang bara api..tetapi dengan bersyarat...hahaha part ni yg best

Kami suruh dia menyanyi sebelum kami bagi mancis tu..dia pun dok pikir2 lagu apa nak nyanyi..lpas tu dia cuma ingat lagu Faizal Tahir..dan kami suruh di nyanyi..dia pun start..satu hutan dengar la ada org nyanyi tengah2 malam buta..sampai abis pulak tu...sedap gak suara budak tu...suka dia dapat mancis dan api tu..itu lah sedikit cerita seram komedi yg kami dapat tonton...




Pukul 7 pagi kami dijemput kembali dan balik ke khemah untuk berehat sebelum bersedia untuk aktiviti akhir pada hari ketiga sebelum berangkat balik iaitu aktiviti Jungle Trecking..

Survival



Aktiviti hari kedua diteruskan pada sebelah petang dengan persediaan ke aktiviti yang paling mencabar dalam perkhemahan akhir ni iaitu 'Survival' dimana kami akan dibahagikan kepada 3 kumpulan seramai 4 orang satu kumpulan. kami akan dibawa ke satu tempat dimana kami akan ditinggalkan selama 1 malam berbekalkan hanya keperluan-keperluan penting sahaja.

Masa telah tiba dan kami dibawa dgn menggunakan bot ke satu lokasi 'rahsia' (kebun getah rupanya)..kami hanya berbekalkan sehelai sepinggang sahaja waktu ni..cuba bayangkan kami tak dihantar sampai ke jeti tapi kami terpaksa berenang lebih kurang 20meter utk sampai ke jeti..hahaha..bayangkan lah dengan basah kuyup sehelai sepinggang jer..huhu Tuhan jer yg tahu waktu tu..

Tapi itu tidak mematahkan semangat kami..kami berkumpul sebelum taklimat diberikan..agak best ketika ini ialah dalam taklimat tu kami diberikan option iaitu untuk membeli barang2 keperluan dengan dibekalkan duit rm1000 (duit tipu) membeli barang yg dirasakan atau kita fikirkan perlu sepanjang satu malam kami di dalam hutan getah tu..setelah berbincang bersama ahli kumpulan kami bersetuju untuk membeli barangan seperti..mancis..3 batang harga rm300 mahal x??hehehe...kentang, beras dan air mineral...port kami dapat tempat yg banyak kayu api so x susah nak cari kayu api utk dibuat unggun api..

Kami juga dibekalkan kata laluan dan hanya kami dan ajk bertugas saja tahu akan kata laluan ini supaya..kita tahu tiada org luar bersama dgn kita..best time ni..sorang2 kena hafal..diberi 2 patah perkataan..apabila kita berjumpa dgn seseorang kita harus memberi kata awal password td dan org tu kena sambung kata laluan yg akhir..klu betul tu kawan kita la...kalau salah...hehehe faham2 sendiri la ye..

Bermula la pencarian kayu api..aku,dgn afiq cari kayu api...mizi dgn shida bersihkan kawasan khemah...mmg waktu tu semua bekerjasama..sehinggalah unggun api dapat dihidupkan dgn hanya menggunakan satu batang mancis sajer..terrer x hahaha...kayu api mmg kene cari byk sbb satu malam kita kat dalam hutan tu..x tau apa yg ada...unggun api ni buat haiwan liar takut so kene prepare kayu api sampai pagi....

waktu malam x banyak yg kita bole buat hanya berborak sementara bergilir-gilir mempertahan kan bara api..supaya x padam...solat seperti biasa...dah ditunjukkan arah kiblat awal2 lagi.. menjelang tengah malam kami bergilir2 sentri hinggala kepagi esok..tetapi ada satu peristiwa yg mula-mulanya agak suspen jugak....tetapi...haaaa.. nak tau tunggu post yg seterusnya...

oh sebelum tu nak cerita yg aktiviti ini amat mencabar sekali dan apa yg dapat kita pelajari ialah..bagaimana kita menghadapi sesuatu kesusahan dan bagaimana kita mengharungi kesusahan itu dan bersabar dgn segala kesulitan dan akhirnya berjaya mengharungi kesusahan itu..kita akan rasa puas sangat..memang best anda harus mencubanya sekali....percayalah..

Berkayak

Hari kedua bermula, bangun seawal jam 6.00 pagi solat subuh dgn mata mamai2 ni sebab sentri bergilir-gilir malam tadi, kami membuat persiapan untuk breakfast seterusnya melakukan persiapan untuk berkayak merentasi Tasik Chenderoh ni. Sebelum memulakan aktiviti ini kami diberi penerangan oleh Sir Hisyam mengenai teknik berkayak dan peralatan yg digunakan dalam waktu berkayak nanti, semestinya kita harus mempunyai kayak serta paddlenya dan jaket keselamatan adalah perkara basic yg perlu ada selain daripada persediaan mental dan fizikal kerana kami akan berkayak lebih kurang 3 jam mengelilingi tasik ni.

Setelah semuanya bersedia kami pun memulakan aktiviti berkayak, ini adalah pengalaman pertama saya berkayak, kami dibekalkan denagn 2 botol air mineral setiap sorang..cuaca sebelah tengahari agak panas. sambil berkayak Sir Hisyam memberikan sedikit penerangan tentang aktiviti ini antaranya bagaimana memberi isyarat untuk berkumpul 'rafting'.

Kami berkayak dr satu checkpoint ke satu checkpoint yg telah diarahkan. Apabila tiba ditengah2 tasik tu kami di minta berkumpul dan satu aktiviti kayak yg dipanggil 'kapsise' entah macam mana eja die hahaha....yg bermaksud aktiviti menterbalikkan diri bersama2 dengan kayak dan menterbalikkan semula keatas, aktiviti ini adalah sebagai satu langkah keselamatan dan berjaga2 supaya jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini berlaku kita akan tau apa yg harus dilakukan. aktiviti yang sangat hebat yg belum pernah saya cuba.dan buat.

lebih kurang 3 jam kami pun pulang ke khemah dengan keadaan basah kuyup..hehehe



Khamis, 8 September 2011

Aktiviti bermula..

Lepas makan kami bersiap pula untuk ke class First Aid, di mana dalam class tersebut kita diajar dan didedahkan dengan perkara2 berkaitan dgn teknik2 atau skill pertolongan cemas. Tentang apa itu CPR, apa itu 'Order of Priority in an Emergency' which is DR ABC, R.I.C.E treatment and so on.


NOW U DON'T...LICINNN


NOW U SEE.....


Selesai membersihkan diri kami pun mula memasak untuk makan malam kami. 3 kumpulan telah dibentuk sepanjang perkhemahan ini bagi memudahkan serta melicinkan aktiviti, pembahagian tugas antara kumpulan memberikan kami peluang melakukan aktiviti secara bergilir-gilir, siap memasak kami semua makan masakan tadi didalam talam dimana acara ini jarang dilakukan hahaha...sebenarnya semua malas nak basuh pinggan ..



Selesai solat asar,kami mempersiapkan diri bagi menjalani aktiviti pertam iaitu 'water confident' dimana aktiviti ini dilakukan bagi menguji sejauh mana keberanian kita berada didalam air atau membiasakan diri berada didalam air bagi tujuan aktiviti kayak keesokan paginya. kami dilepaskan satu persatu atau seorang demi seorang ke dalam tasik chenderoh ni..tapi kami telah dilengkapi dengan PFD (Personal Floating Device) klu x mau tenggelam kami kat tasik tu. kami berada didalam tasik kira-kira 45 minit sebelum kami diarahkan kembali semula ke tepian.bagi saya ini adalah pengalaman pertama saya dan sedikit sebanyak menambahkan keberanian saya berada didalam air.sejurus tiba di tepian sedikit taklimat diberikan bagi mendapat respon daripada peserta-peserta lain tentang aktiviti yang telah dijalankan.

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul






Ini lah hasilnya....





Sesampai saja di camp site, terus kami membahagikan tugasan untuk mendirikan khemah. Khemah2 yg akan kami dirikan ialah khemah pusat, khemah dapur dan khemah peralatan. Dengan berbekalkan ilmu didada dan kemahiran ikatan-ikatan yg telah dipelajari kami memulakan 'ekspedisi' memasang khemah. semua ahli memberikan sepenuh komitment dalam menyiapkan khemah-khemah tersebut. Tak sampai sejam semua khemah telah siap di naikkan. Sementara menunggu aktiviti seterusnya, kami mengemas segala peralatan serta beg ke dalam khemah tempat kami bermalam. kami dapat mempelajari serta mendalami sifat tolong-menolong serta sikap berpasukan ketika menjalankan aktiviti ini.aktiviti seterusnya ialah 'water confident'

Isnin, 22 Ogos 2011

Satu perjalanan sebuah kehidupan..


Sampai sudaaa..."barang naik atas kete..orang jalan kaki ok"..adalah dalam 1km nak masuk dalam sampai jeti..


Ni la kenderaan yang bawak kami ke Final kem tu..perjalanan mengambil masa hampir 5 jam utk sampai ke sana..sepanjang perjalanan..dalam fikiran terdetik..bagaimanalah keaadaan kat sana nanti..jeng..jeng..jeng..menyeronokkan atau membosankan...


Nah..ni namanya dugaan..tu diaaa..jalan jem masa otw nak pegi Final kem tu..biasala pagi..sume org nak pegi keje..walau bagaimanapun itu semua tidak pernah mematahkan semangat kami bagi menuntut ilmu serta menyelesaikan tugasan kami..sabar je la.....

<

Persiapan ke kem akhir..




Aku ditugaskan sebagai AJK Teknikal tapi tolong jugak diorang beli bahan-bahan makanan utk dibawa ke kem tu..





Salam buat semua..huh..baru hari ni berpeluang nk update blog pasal kem akhir walaupun aktiviti dan lama berakhir..tetapi memori masih segar lagi dalam ingatan..masih ingat lagi petang tu lepas kelas kami adakan perbincangan akhir utk finalize kan semua perkara..semua budak2 SR113 yg join kem tu turut serta dalam perbincangan..pembahagian tugas telah bermula..

Selasa, 21 Jun 2011

Jom ramai-ramai turun..



jom ramai2 turun ke Bukit Jalil sokong pasukan kesayangan anda beraksi..klu mampu bole ler ye tak?? klu x tgk kat Astro Arena ada kot

Saje nak bagi tau korang..

Seumur hidup aku..

Salam semua..
Seumur hidup aku ini yg pertama..buat pertama kalinya aku mempunyai blog..padahal lama dah benda ni wujud kat alam maya ni tapi dek terlalu sibuk dgn urusan..aku tak ikut sangat perihal blog2 ni sehingga satu masa dan ketika yg memerlukan aku mencipta blog ni iaitu berkaitan dgn satu subjek tentang course yg aku amik kat universiti..subjek SPS133 outdoor recreation..sir hisyam che mat lecturernya..thanks sir hisyam haha..