Powered By Blogger

Sabtu, 10 September 2011

Berkayak

Hari kedua bermula, bangun seawal jam 6.00 pagi solat subuh dgn mata mamai2 ni sebab sentri bergilir-gilir malam tadi, kami membuat persiapan untuk breakfast seterusnya melakukan persiapan untuk berkayak merentasi Tasik Chenderoh ni. Sebelum memulakan aktiviti ini kami diberi penerangan oleh Sir Hisyam mengenai teknik berkayak dan peralatan yg digunakan dalam waktu berkayak nanti, semestinya kita harus mempunyai kayak serta paddlenya dan jaket keselamatan adalah perkara basic yg perlu ada selain daripada persediaan mental dan fizikal kerana kami akan berkayak lebih kurang 3 jam mengelilingi tasik ni.

Setelah semuanya bersedia kami pun memulakan aktiviti berkayak, ini adalah pengalaman pertama saya berkayak, kami dibekalkan denagn 2 botol air mineral setiap sorang..cuaca sebelah tengahari agak panas. sambil berkayak Sir Hisyam memberikan sedikit penerangan tentang aktiviti ini antaranya bagaimana memberi isyarat untuk berkumpul 'rafting'.

Kami berkayak dr satu checkpoint ke satu checkpoint yg telah diarahkan. Apabila tiba ditengah2 tasik tu kami di minta berkumpul dan satu aktiviti kayak yg dipanggil 'kapsise' entah macam mana eja die hahaha....yg bermaksud aktiviti menterbalikkan diri bersama2 dengan kayak dan menterbalikkan semula keatas, aktiviti ini adalah sebagai satu langkah keselamatan dan berjaga2 supaya jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini berlaku kita akan tau apa yg harus dilakukan. aktiviti yang sangat hebat yg belum pernah saya cuba.dan buat.

lebih kurang 3 jam kami pun pulang ke khemah dengan keadaan basah kuyup..hehehe



Tiada ulasan: