Powered By Blogger

Sabtu, 10 September 2011

Tamatnya sebuah perkhemahan

Sesampai kami di camp site trus kami kemas barang kerana bas sudah menunggu kami untuk pulang ke pangkuan keluarga masing2. walaupun hanya 3 hari kami berkampung di Chenderoh ini , banyak pengalaman yang kami timba bagi memenuhi salah satu keperluan dalam course kami. Yang paling penting semangat kerjasama dan semangat berpasukan dapat dilihat bagi menjayakan semua aktiviti di sini.

Saya secara peribadi ingin merakam setinggi2 terima kasih kepada Pensyarah kami Sir Hisyam che Mat dan kumpulannya kerana dapat membimbing kami serta memberi tunjuk ajar bagi kami melengkapkan tugasan kami ini. semoga pengalaman indah sama ada di coret atau tidak di coret di dalam blog ini adalah suatu kenangan yang manis dan akan menjadi ingatan sepanjang masa.

Kepada rakan2 seperjuangan terima kasih juga saya ucapkan atas bantuan anda kita dapat melaksanakan tugsan kita walaupun menghadapi beberapa dugaan dan cabaran, dan semangat berpasukan yg kalian tunjukkan mampu mengatasi segala2nya. diharap kita dapat berjumpa lagi di dalam kelas seterusnya..SELAMAT BERJAYA

Tiada ulasan: