Powered By Blogger

Sabtu, 10 September 2011

Ekspidisi menawan Puncak Limau Bali..

Hari ni hari terakhir kami disini dan aktiviti terakhir sebelum bertolak balik ialah Jungle Trecking, kami akan mendaki sebuah bukit untuk menawan puncak 'Limau Bali' segala persiapan sudah dibuat dan kami memulakan perjalanan lebih kurang pukul 10 pagi dan ianya mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit..




Kami berjalan secara berpasukan sambil diiringi oleh abg2 senior iaitu fasi kami jugak..sambil berjalan ,kami lihat dan merasai keindahan alam ciptaan Tuhan sambil mensyukuri segala nikmatNYA.. bila agak penat kami berhenti rehat sambil meneguk air yg kami bawa



Setelah hampir sejam lebih kami pun sampai tapi tidak dapat sampai ke puncak kerana atas sebab2 keselamatan kami tiba hanya dibawah puncak Limau Bali tu saja...kenapa dipanggil laimau bali sebab kawasan sekitar tempat kami sampai dipenuhi dgn tanaman limau bali..hahaha..

Kami berehat lebih kurang satu jam diatas sana sambil menikmati keindahan alam dan menjamah bekalan yang kami bawa serta mengambil gambar kenangan, sebelum kami bertolak semula ke kem site..

Aktiviti ini antara lain dapat meningkatkan daya tahan diri selain mensyukuri nikmat yang maha ESA serta semangat berpasukan kerana kita telah di bahagikan tugas semasa sesi berjalan ini supaya tidak ada sesiapa akan tertinggal dibelakang..alhamdulillah semu selamat tiada apa2 yang berlaku.





Aiyaa..dah le penat-penat trecking berjalan kaki..nak balik ke camp site sekali lagi kami diuji dengan berenang balik ke jeti camp site kami hahaha..sabar je la..tapi mmg letih beb...

Tiada ulasan: