Powered By Blogger

Sabtu, 10 September 2011

Survival



Aktiviti hari kedua diteruskan pada sebelah petang dengan persediaan ke aktiviti yang paling mencabar dalam perkhemahan akhir ni iaitu 'Survival' dimana kami akan dibahagikan kepada 3 kumpulan seramai 4 orang satu kumpulan. kami akan dibawa ke satu tempat dimana kami akan ditinggalkan selama 1 malam berbekalkan hanya keperluan-keperluan penting sahaja.

Masa telah tiba dan kami dibawa dgn menggunakan bot ke satu lokasi 'rahsia' (kebun getah rupanya)..kami hanya berbekalkan sehelai sepinggang sahaja waktu ni..cuba bayangkan kami tak dihantar sampai ke jeti tapi kami terpaksa berenang lebih kurang 20meter utk sampai ke jeti..hahaha..bayangkan lah dengan basah kuyup sehelai sepinggang jer..huhu Tuhan jer yg tahu waktu tu..

Tapi itu tidak mematahkan semangat kami..kami berkumpul sebelum taklimat diberikan..agak best ketika ini ialah dalam taklimat tu kami diberikan option iaitu untuk membeli barang2 keperluan dengan dibekalkan duit rm1000 (duit tipu) membeli barang yg dirasakan atau kita fikirkan perlu sepanjang satu malam kami di dalam hutan getah tu..setelah berbincang bersama ahli kumpulan kami bersetuju untuk membeli barangan seperti..mancis..3 batang harga rm300 mahal x??hehehe...kentang, beras dan air mineral...port kami dapat tempat yg banyak kayu api so x susah nak cari kayu api utk dibuat unggun api..

Kami juga dibekalkan kata laluan dan hanya kami dan ajk bertugas saja tahu akan kata laluan ini supaya..kita tahu tiada org luar bersama dgn kita..best time ni..sorang2 kena hafal..diberi 2 patah perkataan..apabila kita berjumpa dgn seseorang kita harus memberi kata awal password td dan org tu kena sambung kata laluan yg akhir..klu betul tu kawan kita la...kalau salah...hehehe faham2 sendiri la ye..

Bermula la pencarian kayu api..aku,dgn afiq cari kayu api...mizi dgn shida bersihkan kawasan khemah...mmg waktu tu semua bekerjasama..sehinggalah unggun api dapat dihidupkan dgn hanya menggunakan satu batang mancis sajer..terrer x hahaha...kayu api mmg kene cari byk sbb satu malam kita kat dalam hutan tu..x tau apa yg ada...unggun api ni buat haiwan liar takut so kene prepare kayu api sampai pagi....

waktu malam x banyak yg kita bole buat hanya berborak sementara bergilir-gilir mempertahan kan bara api..supaya x padam...solat seperti biasa...dah ditunjukkan arah kiblat awal2 lagi.. menjelang tengah malam kami bergilir2 sentri hinggala kepagi esok..tetapi ada satu peristiwa yg mula-mulanya agak suspen jugak....tetapi...haaaa.. nak tau tunggu post yg seterusnya...

oh sebelum tu nak cerita yg aktiviti ini amat mencabar sekali dan apa yg dapat kita pelajari ialah..bagaimana kita menghadapi sesuatu kesusahan dan bagaimana kita mengharungi kesusahan itu dan bersabar dgn segala kesulitan dan akhirnya berjaya mengharungi kesusahan itu..kita akan rasa puas sangat..memang best anda harus mencubanya sekali....percayalah..

Tiada ulasan: